Kesihatan Mental

Meskipun kesihatan mental sering kali dianggap sebagai perkara yang bukan popular di kalangan rakyat Malaysia namun, hari demi hari ianya semakin berubah.

Malah, istilah yang sering digunakan sejak kebelakangan ini – kesejahteraan psikologi merupakan aspek yang sama penting dengan kesejahteraan fizikal. Malah, luka pada permukaan fizikal seseorang juga dikatakan lebih cepat sembuh berbanding psikologi yang memerlukan masa lebih lama untuk sembuh. Kesan psikologi biasanya meninggalkan kesan terhadap diri seseorang tanpa disedari seterusnya akan menghantui dan menjadi bayangan yang kadang kala menankutkan kepada yang berhadapan dengannya.

Seterusnya, tanpa disedari ia akan memberi kesan terhadap cara seseorang tersebut berfikir, emosi serta dalam tingkah lakunya.

Bagi menangani situasi ini, pemikiran baah sedar yang liar sebegini harus ditangani. Seseorang yang berhadapan dengan situasi sebegini biasanya perlu mengisi masanya yang terluang untuk melakukan pelbagai perkara bagi mengelak pemikiran bawah sedarnya bekerja.

Seterusnya, emosi, cara berfikir dan perasaan negatif para penghidap dapat berubah menjadi lebih baik dan positif bagi meneruskan interaksi dengan persekitaran.

Add Comment